JABATAN Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) meluluskan urus niaga jualan senjata kepada Taiwan bernilai AS$2.2 bilion, kata Pentagon semalam.
Pengumuman itu dijangka mencetuskan kemarahan Beijing, yang melihat Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya dan sebelum ini pernah meluahkan kebimbangan serius tentang kemungkinan pembelian senjata itu.
Kongres dimaklumkan tentang urus niaga itu, yang termasuk kereta kebal Abrams, 250 senjata berpandu, peralatan sokongan berkaitan.
Wakil rakyat AS diberikan 30 hari untuk membantah jualan itu, tetapi nampaknya tidak akan ada yang berbuat demikian.
Beijing menyatakan bantahannya terhadap kemungkinan jual beli senjata itu bulan ini.
“Kami berulang kali menekankan kepada AS untuk faham sepenuhnya tentang betapa sensitifnya dan merosakkan jika mereka membuat keputusan untuk menjual senjata kepada Taiwan,” kata jurucakap kementerian luar China. – AFP, 9 Julai, 2019.
Komen