PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad akan hadir untuk menjawab soalan daripada ahli parlimen pada setiap hari Rabu yang merupakan langkah baharu diperkenalkan kerajaan
Segmen ini akan dikenali sebagai Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
“Saya akan hadir setiap Rabu untuk waktu pertanyaan PM,” katanya kepada pemberita hari ini selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata tiada keperluan untuk mengadakan sesi PMQT.
“Sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) yang diadakan pada setiap Selasa dan Khamis, sudah memadai buat masa ini.
“Jadi saya rasa, buat masa ini kita tidak memerlukan PMQT, tetapi pada masa akan datang, jika ada keperluan, kita mungkin boleh pertimbangkan. Buat masa ini, saya rasa MQT sudah memadai,” katanya. – 8 Julai, 2019
MENYUSUL
Komen