PENDIRIAN Jordan berhubung isu Palestin adalah jelas serta tidak boleh dipertikai dan negara itu tidak akan menerima sebarang perjanjian atau resolusi berkaitan konflik itu yang akan menafikan hak rakyat Palestin kepada kenegaraan dan pengunduran Israel sepenuhnya dari tanah yang didudukinya pada 1967, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Menteri Negara Jordan bagi Hal Ehwal Media Jumana Ghunaimat.
Menteri itu berkata pendirian Jordan baru-baru ini telah ditegaskan melalui tiga penolakan oleh Raja Abdullah II berhubung isu Baitulmaqdis, tanah air gantian untuk rakyat Palestin di Jordan dan isu Penjaga Hashemite bagi kota suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis yang bersejarah.
Bercakap kepada wakil media rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Ghunaimat menjelaskan bahawa penyertaan Jordan dalam persidangan Manama adalah bertujuan bagi menghantar mesej yang jelas bahawa kerajaan negara itu tidak akan menerima sebarang penyelesaian yang tidak adil dalam isu Palestin. – Bernama, 8 Julai, 2019
Komen