PUNCA kematian Orang Asli di Kuala Koh sukar ditentukan kerana kekurangan sampel tisu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Katanya, kebanyakan jasad yang ditemui hanyalah rangka tulang tanpa tisu yang mencukupi.
“Apabila tidak ada tisu yang tinggal selain dari tulang maka sukar untuk kita mengesahkan punca kematian, kes ini lebih sukar,” katanya kepada pemberita.
Beliau juga berkata proses bedah siasat tersebut mengambil masa lama kerana melibatkan ujian fizikal ke atas jasaf dan ujian kimia.
Katanya, apa yang lebih penting siasatan juga melibatkan tidak ada unsur jenayah dalam kematian 12 Orang Asli terbabit.
Minggu lepas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata hasil laporan bedah siasat dari 12 mayat tidak dapat mengesahkan punca kematian.
Beliau berkata bedah siasatan dijalankan pada 17 dan 18 Jun.
Pasukan petugas khas menemui semula jasad berkenaan yang dikebumi secara adat di dalam hutan.
Sebanyak 173 kes direkodkan sejak wabak yang melanda kumpulan Orang Asli itu dilaporkan pada 3 Jun lalu.
Ia membabit 147 kes di Kelantan dengan tiga kematian, 18 kes di Terengganu dah 8 kes di Pahang.
Daripada jumlah tersebut, 82 daripadanya disahkan mengalami penyakit campak. – 8 Julai, 2019.
Komen