UMNO adalah parti terbaik untuk bekerjasama dengan PAS, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata walaupun mana-mana kerjasama politik dialu-alukan parti Islam itu, mereka konsisten dalam hubungan dengan Umno.
“Gabungan dua parti ini asas. Parti-parti lain harus lihat kepada kekuatan yang ada pada Umno dan PAS,” kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada wartawan di Parlimen hari ini.
“Dalam konsep penyatuan, sebab harus ingat (yang) Umno masih menjadi core kepada parti politi Melayu Islam di Malaysia,” tambahnya.
Tuan Ibrahim mengulas jemputan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad kepada semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu demi perpaduan Melayu, Jumaat lalu.
“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu Umno tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).
“Enam, bukan lagi majoriti 60% tetapi setiap parti 10% saja,” kata perdana menteri itu. – 8 Julai, 2019.
MENYUSUL
Komen