BEKAS pengarah SRC International Suboh Md Yassin mengakui kemungkinan bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil menyuruhnya melarikan diri ke luar negara kerana mempunyai kaitan dengan penipuan.
Semasa soal balas hari ini, Suboh bersetuju dengan cadangan ketua peguambela Mohd Shafee Abdullah yang Nik Faisal tidak mahu terlibat dalam siasatan selepas berita skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada pertengahan 2015.
Shafee: Saya katakan kepada anda Nik Faisal menyuruh anda melarikan diri kerana anda boleh memberitahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ini bukan tandatangan anda. Nik
Faisal mahu hilang. Beliau mahu anda juga menghilangkan diri supaya dokumen tetap (dengan SPRM) tanpa anda mengatakan ia bukan tandatangan anda.
Suboh: Itu berkemungkinan.
Shafee merujuk kepada kira-kira sedozen surat arahan Rentas pada 2014 hingga 2015 kepada AmIslamic Bank, yang dipersetujuinya mungkin dipalsukan.
Terdahulu, ketika ditanya sama ada beliau melarikan diri ke luar negara beliau berasa kemungkinan melakukan perkara salah, Suboh menjawab, “Tiada komen.”
Suboh memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan telefon daripada Nik Faisal memberitahunya untuk melarikan diri ke Bangkok pada pada 2015.
Shafee: Anda tidak mengetahui daripada Nik Faisal, mengapa anda perlu pergi?
Suboh: Tidak.
Shafee: Tetapi adakah anda sendiri, berasa curiga mengapa anda perlu pergi?
Suboh: Saya tidak tahu.
Shafee: Apa maksud awak tak tahu? Anda mesti mempunyai sebab mengapa perlu pergi. Mengapa anda perlu mengikut arahan sesiapa sahaja.
Suboh: Kerana beliau tidak memberitahu saya apa sebabnya ... Saya keliru sekarang. – 8 Julai, 2019.
Berita penuh di sini
Komen