Selepas ICERD, Putrajaya lebih hati-hati ratifikasi konvensyen PBB lain


Sheridan Mahavera

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata kerajaan akan lebih berhati-hati dalam meratifikasi konvensyen PBB yang lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 Julai, 2019.

PUTRAJAYA akan lebih teliti dalam usahanya untuk menandatangani konvensyen global terhadap penyeksaan dan hukuman kejam selepas kegagalan Konven­syen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Hanipa Maidin.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pentadbiran Pakatan Harapan tidak mahu menandatangani satu lagi konvensyen hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi akhirnya terpaksa menarik diri selepas menerima respons negatif masyarakat.

Kali ini, kata Hanipa, kerajaan mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan lebih banyak sesi penglibatan awam terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT).

Hanipa, yang mengendalikan portfolio undang-undang Kabinet, meramalkan sistem undang-undang Syariah Malaysia akan menjadi satu elemen yang perlu diambil kira sebelum mengesahkan UNCAT.

Ini kerana sesetengah hukuman syariah melarang hukuman rotan terhadap umat Islam yang didapati bersalah atas kesalahan seperti zina dan meminum alkohol.

“Bagi saya (sistem undang-undang syariah) bukan halangan kerana konvensyen membenarkan pengecualian,” kata Hanipa kepada pemberita di luar acara dialog awam Suhakam terkini mengenai UNCAT.

“Tetapi ini adalah bagaimana anda melibatkan orang ramai. Saya percaya jika anda menerangkannya dengan betul, masyarakat boleh menerimanya.”

“Kita sudah ada pengalaman dengan ICERD apabila mengesahkannya dan kemudian terpaksa menarik diri. Jadi untuk (UNCAT) kita perlu lebih teliti mengenainya.” – 8 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen