GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.9 yang melanda Indonesia semalam, mencetuskan amaran tsunami menyebabkan penduduk melarikan diri ke tempat lebih tinggi.
Gempa bumi dan tsunami menyebabkan ribuan nyawa terkorban sejak beberapa tahun terakhir ini di Indonesia.
Gempa semalam pada kedalaman 24km di perairan Molucca, 185km di tenggara Manado, antara Sulawesi dan kepulauan Malkuku, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan amaran tsunami untuk penduduk tepi pantai di kawasan berhampiran, di mana mereka dinasihatkan menjauhi pantai.
Amaran itu kemudian ditarik balik dan tiada laporan kerosakan atau kematian setakat ini. – AFP, 8 Julai, 2019.
Komen