DIPLOMAT kanan Oman bertemu dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Damsyik pada hari Ahad dalam lawatan rasmi kedua negara itu ke sejak konflik berlaku pada tahun 2011.
Assad bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negara Oman, Yusuf bin Alawi Abdullah untuk membincangkan hubungan dua hala dan keselamatan serantau, kata sumber rasmi kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut memberitahu bahawa Abdullah juga bertemu dengan rakan sejawatnya di Syria, Walid Muallem.
Oman adalah salah satu daripada beberapa negara Arab yang terus mengekalkan hubungannya dengan Damsyik sejak lapan tahun lalu.
Syria digantung dari Liga Arab pada tahun 2011 kerana tindakan kerasnya terhadap pemberontakan terhadap pemerintahan Assad, dan sesama negara Arab, termasuk kuasa besar Teluk Arab Saudi, menyokong pembangkang.
Sultan Qaboos di Oman mematuhi dasar ketat yang tidak mengganggu hal ehwal serantau, mengekalkan hubungan dengan negara yang menjadi saingan Arab Saudi dan Iran itu bahkan turut pendokong utama Assad.
Abdullah melawat Damsyik pada 2015, untuk membincangkan cara bagi “menyelesaikan krisis di Syria”.
Semasa lawatan ke Oman tahun lepas, Walid Muallem memuji pihak Muscat kerana mengambil “pendirian menyokong Syria di pelbagai forum Arab dan antarabangsa,” kata Agensi berita Oman lagi. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen