BERIBU-RIBU penduduk di Frankfurt telah dipindahkan hari ini bagi membolehkan pakar bahan letupan Jerman meletupkan bom Perang Dunia II yang dijumpai berdekatan ibu pejabat Bank Pusat Eropah.
Bangunan ECB dan beberapa rumah yang menempatkan kira-kira 16,000 orang dalam jarak kira-kira satu kilometer (1,000 kaki) dari bom seberat 500 kilogram (1,100) paun telah dikosongkan.
Seorang jurucakap bank berkata, pihak mereka telah mengatur rancangan untuk pekerja bekerja di lokasi lain sekiranya perlu, lapor Frankfurter Allgemeine Zeitung (FAZ).
Bom Amerika Syarikat (AS) dengan dua detonator dijumpai pada 25 Jun ketika kerja pembinaan dilakukan di pusat ibu kota perbankan Frankfurt di Jerman.
Bom yang dijumpai itu tidak mendatangkan bahaya dan jadual operasi letupan ditangguhkan sehingga hari ini.
Orang ramai dilarang berada dalam kawasan tersebut sehingga operasi yang dijadualkan berakhir jam 4 petang. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen