SEKURANG-KURANGNYA 12 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu kejadian letupan kereta di timur Afghanistan hari ini.
Kejadian berlaku ketika rundingan antara puak Taliban dengan wakil-wakil khas Amerika Syarikat (AS) di Qatar sedang berlangsung. Rundingan adalah sebagai usaha untuk menamatkan perang 18 tahun di Afghanistan.
Rundingan itu juga untuk mencapai kata sepakat yang akan menyaksikan tentera AS berundur dari Afghanistan sebagai balasan bagi beberapa jaminan.
Letupan di Ghazni di timur Afghanistan itu mensasarkan unit risikan, kata jurucakap gabenor wilayah itu, Aref Noori.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar pula berkata selain 12 yang maut, 179 orang awam termasuk kanak-kanak cedera.
Puak Taliban menerusi mesej WhatsApp mengaku melakukan serangan itu. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen