SEORANG pengetua madrasah di Bangladesh ditahan atas dakwaan merogol dua murid dan mencabul enam kanak-kanak di bawah jagaannya, kata pegawai.
Abul Khair Belali, 33, adalah pengetua kedua yang ditahan atas dakwaan merogol.
Abul Khair, yang juga seorang imam ditahan Jumaat lalu di madrasah murid perempuan di Kendua selepas seorang murid berusia 11 tahun memberitahu ibu bapanya dia dirogol gurunya itu, kata Ketua Polis, Mohammad Rasheduzzaman.
Madrasah itu juga dijadikan asrama bagi 15 murid perempuan dari kampung-kampung berdekatan.
“Semalam dia mengaku merogol sekurang-kurangnya dua murid berumur lapan dan 11 tahun, dan juga mencabul enam lagi,” kata Mohammad Rasheduzzaman.
Insiden tersebut mencetus bantahan di Kendua yang terletak di utara Dhaka. Beratus-ratus orang berarak di jalan-jalan utama, mendesak guru besar itu dihukum.
Minggu lalu, polis menahan seorang guru besar madrasah di Fatulla atas tuduhan sama. Di sebuah bandar lain, Narayanganj, dua guru sekolah menengah juga ditahan minggu lalu kerana merogol 20 murid. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen