Bolsonaro pertahan amalan buruh kanak-kanak di Brazil


Presiden Brazil Jair Bolsonaro hari ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertahankan amalan buruh dalam kalangan kanak-kanak. – Gambar AFP, 7 Julai, 2019.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro hari ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertahankan amalan buruh dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya telah bekerja sejak berumur lapan tahun…dan lihatlah saya hari ini,” kata pemimpin kanan itu semasa forum mingguannya yang disiarkan secara langsung di Facebook.

“Lihat, apabila anak berusia lapan atau sembilan tahun bekerja di sesuatu tempat, ramai menganggapnya sebagai buruh paksa atau buruh kanak-kanak.

“Tetapi jika mereka menghisap rokok, tiada sesiapa cakap apa-apa. Kerja adalah maruah lelaki dan wanita tidak kira usia mereka,” katanya.

Semalam, beliau menerbitkan semula video AFP 2017 yang menunjukkan Frank Giaccio yang berusia 11 tahun menjalankan perniagaan memotong rumput dan penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedang memotong rumput di White House.

Komen beliau telah mendatangkan pelbagai reaksi.

Seorang ahli politik sosialis Marcelo Freixo berkata, Bolsonaro adalah contoh terbaik untuk menghasut kanak-kanak untuk tidak bekerja dan menjauhkan mereka dari menjadi dewasa seperti pemimpin itu.

Undang-undang Brazil melarang kanak-kanak berusia 16 tahun bekerja kecuali untuk sebagai perantis untuk bekerja pada usia 14 tahun.

Menurut Institut Geografik dan Statistik Brazil (IBGE), kira-kira 2.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 17 tahun bekerja di Brazil.

Pada Jumaat, Menteri Hak Asasi Manusia, Keluarga dan Wanita Brazil Damares Alves cuba menamatkan kontroversi dengan mengatakan generasinya bekerja dari usia yang sangat muda.

“Saya bekerja dari usia sangat muda tetapi tidak bermakna kita mendiskriminasi buruh kanak-kanak.

“Marilah kita jelaskan bahawa melarang kanak-kanak bekerja melanggar hak mereka, sesuatu yang tidak boleh dibenarkan,” katanya.

Pada 2011, Bolsonaro memberitahu majalah Playboy bahawa dia lebih memilih melihat anaknya sendiri “mati dalam kemalangan” dari menjadi seorang gay.

Beliau juga berkata, orang miskin terlalu jahil untuk memahami perancangan keluarga. – AFP, 7 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen