SEKUMPULAN biskop di Poland semalam mengecam gergasi perabot Sweden, Ikea kerana memecat seorang pekerja yang enggan memadam komen homofobik terhadap golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di laman web syarikat.
“Dari sudut pandangan undang-undang, norma-norma susila dan munasabah, tindakan ke atas pekerja Ikea yang menolak fahaman LGBT di tempat kerja adalah tidak boleh diterima,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Ikea berkata komen pekerjanya itu mungkin menyinggung perasaan komuniti LGBT. Ia juga berkata polisi syarikat menolak amalan diskriminasi.
Pekerja itu dilaporkan memetik petikan daripada Old Testament (Kitab Zabur) dalam komennya itu.
Kumpulan biskop Poland itu juga memuji pekerja terbabit yang disifatkan menunjukkan teladan yang baik dan beriman. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen