PENGAWAL pantai Tunisia semalam menemui dua belas mayat selepas sebuah bot pendatang asing terbalik beberapa hari lalu, kata Bulan Sabit Merah negara itu.
“Dua belas mayat ditemui pagi semalam di pantai selatan Tunisia, dua daripadanya adalah wanita,” kata pegawai Bulan sabit Merah, Mongi Slim.
“Mereka dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun.”
Jurucakap pengawal pantai, Houcem Eddine Jebabli berkata operasi mencari mayat masih diteruskan di pantai Zarzis.
Seorang pendatang asing rakyat Mali yang terselamat memberitahu agensi PBB bot yang terbalik pada Isnin lalu membawa 86 penumpang. – AFP, 7 Julai, 2019.
Komen