Penunjuk perasaan Hong Kong sasar stesen kereta api


Setakat ini, 12 orang penunjuk perasaan ditahan susulan insiden ganas semasa bantahan. – Gambar AFP, 7 Julai, 2019.

PENUNJUK perasaan anti kerajaan di Hong Kong bercadang mengadakan bantahan di luar stesen kereta api berkelajuan tinggi yang berlepas ke tanah besar China, hari ini.

Ia merupakan bantahan selepas penunjuk perasaan merempuh bangunan parlimen pada Isnin lepas.

Bantahan aman bermula sejak sebulan lalu, diikuti beberapa siri konfrontasi ganas dengan pasukan polis, sebagai bantahan rang undang-undang yang akan membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.

Usul ditangguhkan susulan menerima bantahan keras dari orang awam dan desakan daripada penunjuk perasaan yang mahu ia dibatalkan.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam yang mendapat sokongan penuh Beijing juga didesak supaya meletak jawatan. 

Setakat ini, 12 orang penunjuk perasaan ditahan susulan insiden ganas semasa bantahan. – AFP, 7 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen