21 cedera dalam letupan kompleks beli belah di Florida


Letupan itu menyebabkan serpihan bangunan tercampak hingga ke kawasan parkir kompleks beli belah Fountain Plaza, merosakkan gym LA Fitness dan berpuluh buah kereta, serta mewujudkan lubang besar di bangunan berhampiran di bandar Plantation, hampir 50km utara Miami. – Gambar EPA, 7 Julai, 2019.

21 orang cedera dalam letupan dipercayai kerana kebocoran gas berlaku di sebuah kompleks membeli belah di Florida semalam, kata pegawai bomba.

Letupan itu menyebabkan serpihan bangunan tercampak hingga ke kawasan parkir kompleks beli belah Fountain Plaza, merosakkan gym LA Fitness dan berpuluh buah kereta, serta mewujudkan lubang besar di bangunan berhampiran di bandar Plantation, hampir 50km utara Miami.

“Selepas membeli belah, kami bawa anak-anak berjalan keluar, masuk dalam kereta, memandu pergi, ketika itulah semuanya meletup. Ia kejadian yang gila,” kata saksi Jessi Walasheck.

Timbalan Ketua Bomba Joel Gordon memberitahu wartawan yang dua mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal, dengan seorang bergelut dengan kecederaan mengancam nyawa.

“Kami menemui mangsa bertebaran di semua kawasan,” katanya, tetapi menambah secara umumnya kecederaan “tidak berapa parah seperti tanggapan awal”.

Jabatan Bomba percaya ia disebabkan letupan gas dan Gordon berkata batang paip gas ditemui antara serpihan, tetapi punca sebenar masih tidak dapat disahkan.

Tiada orang dilaporkan hilang. – AFP, 7 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen