Komander Daesh terbunuh di Pakistan


Shukrullah, yang merupakan dalang di sebalik beberapa insiden pengeboman bunuh diri di barat laut wilayah Balochistan, terbunuh ketika berbalas tembakan denegan tentera antikeganasan di Netral, Dera Murad Jamali, lapor Radio Pakistan. – Gambar EPA, 6 Julai, 2019.

TENTERA Pakistan pada Sabtu membunuh seorang komander penting Daesh dalam satu pertempuran di wilayah Balochistan yang bergolak, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media rasmi.

Shukrullah, yang merupakan dalang di sebalik beberapa insiden pengeboman bunuh diri di barat laut wilayah Balochistan, terbunuh ketika berbalas tembakan denegan tentera antikeganasan di Netral, Dera Murad Jamali, lapor Radio Pakistan.

Komander Daesh itu merupakan fasilitator dan perancang beberapa serangan terbaharu di Balochistan.

Pasukan keselamatan turut menemui bom tangan, jaket bunuh diri dan beberapa senjata lain serta peluru daripada pengganas yang terbunuh itu. 

Pada 26 Jun, tiga pengebom bunuh diri telah menyerbu pekarangan sebuah balai polis di daerah terpencil Loralai dalam wilayah Balochistan, dan membunuh seorang anggota polis serta mencederakan dua lagi. – Bernama, 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen