Turki pecat gabenor bank pusat


Turki memecat gabenor bank pusatnya Murat Cetinkaya yang dilantik pada April 2016 dan jawatan itu telah digantikan oleh timbalannya Murat Uysal. – Gambar EPA, 6 Jun, 2019.

TURKI memecat gabenor bank pusatnya dan jawatan itu telah digantikan oleh timbalannya, kata satu dekri presiden yang diterbitkan dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Murat Uysal menggantikan Murat Cetinkaya yang dilantik pada April 2016.

Terdapat spekulasi mengatakan tempat Centinkaya digantikan kerana terdapat perselisihan pendapat dengan kerajaan mengenai penurunan kadar faedah.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah berulang kali mengawal kadar faedah yang tinggi dan menyeru agar ia diturunkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi.

Kadar faedah utama Turki ialah 24% selepas bank di bawah Centinkaya membuat kenaikan kadar yang agresif sebanyak 625 mata pada September lalu berikutan krisis mata wang bulan sebelumnya.

Uysal berkata, beliau akan terus menggunakan alat-alat dasar monetari “secara bebas” sambil tetap memberi tumpuan untuk memastikan kestabilan harga sebagai “matlamat utamanya”.

Uysal yang berkhidmat sebagai timbalan gabenor sejak Jun 2016 akan mengadakan sidang akhbar beberapa hari lagi.

Inflasi Turki jatuh pada 15.72% bulan lepas dari 18.71% pada Mei, menurut statistik rasmi yang dikeluarkan pada Rabu lepas.

Statistik itu menunjukkan kadar paling rendah dalam hampir setahun. – AFP, 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen