Gempa berukuran 7.1 landa selatan California


Pakar berpandangan gempa bumi kuat akan berlaku berturutan di California selepas dua gempa berlaku dua hari berturut-turut. – Gambar AFP, 6 Julai, 2019.

SEBUAH gempa bumi berukuran 7.1 melanda selatan California pada jam 11.19 pagi (waktu Malaysia) hari ini, kata Jabatan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa terbaru itu adalah sebahagian daripada gempa digelar pakar sebagai “gempa bumi berturutan” dan berlaku selepas gempa berukuran 6.4 melanda kawasan sama semalam.

USGC berkata gempa semalam adalam “gempa awal” kepada gempa hari ini, dengan CNN melaporkan gempa terbaru itu 11 kali ganda lebih kuat.

Penduduk berkata mereka terkejut dengan gempa itu.

Semalam, pakar gempa bumi dari Caltech, Lucy Jones memberi amaran yang “terdapat satu daripada 20 peluang yang lokasi ini akan berdepan gempa bumi lebih besar dalam tempoh beberapa hari lagi, dan kami tidak pernah melihat gempa sebesar ini berlaku berturut-turut.” – AFP, 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen