Polis dan hospital tersilap identiti, 2 keluarga fail saman


Keluarga Bennett dan Brittman memfailkan saman minggu ini terhadap polis Chicago dan Mercy Hospital di Mahkamad Daerah Cook County, Illinois, mendakwa wujud kecuaian pekerjaan. – Gambar AFP, 6 Julai, 2019.

ADIK perempuan Alfonso Bennett bersetuju memutuskan talian hayatnya selepas doktor di Mercy Hospital, Chicago memberitahu keluarganya beliau tiada harapan lagi untuk pulih.

Bagaimanapun, lelaki yang meninggal bukanlah abang mereka, tetapi lelaki lain, Elisha Brittman.

Keluarga Bennett dan Brittman memfailkan saman minggu ini terhadap polis Chicago dan Mercy Hospital di Mahkamad Daerah Cook County, Illinois, mendakwa wujud kecuaian pekerjaan.

Kes tersilap identiti aneh itu berlaku hujung April lalu, apabila seorang lelaki tidak berpakaian dan cedera parah ditemui di bawah sebuah kereta di Chicago dan dimasukkan ke Mercy Hospital.

Adik Bennerr kemudiannya dimaklumkan polis bahawa lelaki itu kini dirawat di hospital.

Walaupun mereka meragui identitinya, mereka bersetuju untuk membatalkan talian hayatnya, di mana beliau meninggal dunia tiga hari kemudian.

Ketika mereka bersiap untuk mengebumikannya, Bennett muncul di sebuah majlis kawannya, kata adiknya di sebuah sidah media, di mana dua keluarga itu mengumumkan mereka akan memfailkan saman.

Lelaki yang meninggal itu akhirnya dikenal pasti melalui cap jari sebagai Brittman, 69 tahun.

“Asasnya, situasi tersilap identiti adalah sesuatu yang kita fikir senang dielak, dan sepatutnya dielak,” kata Cannon Lambert, peguam kedua-dua keluarga itu.

Dalam sebuah kenyataan kepada akhbar Chicago Tribune, polis berkata mereka sudah membuka siasatan.

“Kami mengerahkan detektif untuk meneliti semua aspek kejadian ini- daripada tindak balas awal sehinggalah kepada pengakhiran yang menyebabkan mangsa dimasukkan ke dalam hospital dan pemberitahuan kepada keluarga.” – AFP, 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen