Puting beliung di China ragut 6 nyawa, 200 cedera


Puting beliung yang melanda Kaiyuan di wilayah Liaoning pada petang Rabu, menumbangkan pokok dan tiang elektrik da menyebabkan kemusnahan harta benda. – Gambar EPA, 6 Julai, 2019.

PUTING beliung menyebabkan enam orang mati dan hampir 200 cedera selepas ia melanda bandar timur laut China, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Ia melanda Kaiyuan di wilayah Liaoning pada petang Rabu, menumbangkan pokok dan tiang elektrik, memusnahkan tingkap bangunan pangsapuri, dan merobohkan beberapa tembok batu.

Lebih 190 orang cedera dan 43 daripadanya dimasukkan ke hospital, kata biro keselamatan awam Kaiyuan pada platform media sosial Weibo. – AFP, 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen