37 imigran diusir dari AS tiba di Kemboja


Seramai 37 imigran Kemboja yang diusir dari Amerika Syarikat (AS) selamat tiba di Phnom Penh pada Khamis lalu. – Gambar EPA, 5 Julai, 2019.

SERAMAI 37 imigran Kemboja yang diusir dari Amerika Syarikat (AS) selamat tiba di Phnom Penh pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

“Imigran Kemboja itu termasuk seorang wanita tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pagi ini (4 Julai),” kata seorang pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat.

Katanya, beberapa daripada pendatang itu disabitkan bersalah melakukan jenayah di AS dan telah menjalani hukuman penjara, sebelum dihantar pulang ke Kemboja, selebihnya diusir kerana melanggar undang-undang imigresen AS.

Katanya, setakat ini, hampir 700 imigran Kemboja telah diusir pulang dari AS, kebanyakannya tidak tahu berbahasa Kamboja.

Menerusi kenyataan Penguatkuasa Kastam dan Imigresen (ICE) AS pada Rabu mengatakan 35 dari 37 pendatang diterbangkan dari Texas AS. 

Di bawah perjanjian deportasi yang ditandatangani Kemboja dan AS pada 2002 menyatakan, warga Kemboja yang mendapat taraf penduduk tetap akan diusir pulang jika disabitkan dengan kesalahan jenayah. – Bernama, 5 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen