Jack Ma derma US$145 juta kepada pasukan bola sepak wanita China


Lelaki kaya China Jack Ma hari ini mengumumkan akan menyumbang AS$145 juta (RM600 juta) kepada skuad bola sepak wanita China. – Gambar EPA, 5 Julai, 2019.

LELAKI kaya China Jack Ma hari ini mengumumkan akan menyumbang AS$145 juta (RM600 juta) kepada skuad bola sepak wanita China.

Satu bilion yuan didermakan oleh Ma yang merupakan pengasas platform membeli belah atas talian Alibaba dan dua yayasan amal lain.

Dalam satu kenyataan Ma berkata sumbangan akan diberikan untuk mencegah dan merawat kecederaan, perkembangan kerjaya selepas pemain bola sepak bersara, pembangunan teknikal dan pendidikan pelatih serta pembangunan belia.

China yang merupakan peneraju Piala Dunia Wanita yang kini sedang berlangsung di Perancis untuk kali ketujuh dalam lapan edisi.

Pasukan bola sepak sepak wanita China telah keluar pada pusingan 16 perlawanan.

Tetapi mereka telah melangkah ke peringkat terbaik dunia sejak menjuarai perlawanan akhir 1999 menentang pasukan Amerika di mana China kehilangan penalti.

Alipay, yayasan kabajikan Alibaba akan membiayai sebahagian besar inisiatif itu.

Selebihnya daripada yayasan berasingan yang ditubuhkan oleh Ma dan naib pengerusi eksekutif Joseph Tsai.

Insiatif ketiga-tiga pihak itu bertujuan mahu menjadikan bola sepak lebih mampan dan dapat diakses oleh golongan wanita di seluruh negara. – AFP, 5 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen