Tentera bebaskan 235 tahanan perang Sudan


TMC Sudan sebelum ini berikrar untuk membebaskan semua tawanan perang. – Gambar fail AFP, 5 Julai, 2019.

MAJLIS Tentera Peralihan (TMC) Sudan pada Khamis membebaskan 235 tahanan perang untuk membuka ruang mengadakan rundingan damai dengan pemberontak, lapor agensi berita Anadolu.

Tahanan itu merupakan anggota Gerakan Pembebasan Sudan, diketuai Minni Minawi yang menentang pemerintah wilayah Darfur, barat Sudan sejak 2003.

Ketua TMC Gamal Omer berkata pembebasan itu untuk memberikan keyakinan bahawa pihak majlis tentera telah bersedia mengadakan rundingan damai.

Sebelum ini, TMC berikrar untuk membebaskan semua tawanan perang. – Bernama, 5 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen