LEBIH 80 orang dikhuatiri lemas dalam nahas membabitkan sebuah bot di Tunisia, lapor agensi berita Xinhua memetik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam.
UNHCR berkata kejadian berlaku pada Rabu malam. Empat mangsa diselamatkan nelayan yang kebetulan berada berdekatan lokasi kejadian, bagaimanapun seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia.
Dua mangsa yang selamat menerima rawatan di tempat perlindungan di Zarzis, Tunisia sementara yang lain dirawat di hospital, tambah UNHCR.
Utusan Khas UNHCR bagi Mediterranean Vincent Cochetel berkata “Tiada siapa mahu memperjudikan nyawa mereka dan keluarga mereka kecuali tiada pilihan lain.”
“Kitalah yang perlu menyediakan pilihan lain kepada mereka untuk menghalang insiden serupa terus berulang,” kata utusan khas itu. – Bernama, 5 Julai, 2019.
Komen