MAJLIS Tentera Peralihan (TMC) Sudan dan perikatan pembangkang terbesar negara itu, Angkatan Kebebasan dan Perubahan, mencapai persetujuan untuk menubuhkan majlis kedaulatan bersama, lapor agensi berita Sputnik.
Kedua-dua pihak mengadakan rundingan selama dua hari bagi menyelesaikan krisis politik yang membelenggu negara itu sejak sebulan lalu, kata Utusan Khas Kesatuan Afrika Mohamed El Hacen Lebatt pada Jumaat.
Beliau berkata turut dibincangkan berhubung komposisi majlis kedaulatan itu dan kedua-dua pihak juga bersetuju untuk membentuk kerajaan awam. – Bernama, 5 Julai, 2019.
Komen