'Hidup mati Pannir di tangan peguam negara Singapura'


Alfian Z.M. Tahir

Penasihat Lawyers for Liberty, N.Surendran bersama keluarga P. Pannir Selvam yang dijatuhi hukuman mati di Singapura pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 Julai, 2019.

PEGUAM negara Singapura sepatutnya mengeluarkan sijil bantuan substantif (CSA) untuk rakyat Malaysia, P. Pannir Selvam yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah di republik itu pada 2017.

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), N.Surendran berkata ini kerana Pannir membantu pihak berkuasa Singapura dengan memberi maklumat penting mengenai sindiket dadah dan menegaskan dia merupakan mangsa keldai dadah.

“Mengejutkan yang AG (peguam negara) tidak mengeluarkan sijil tersebut. Pannir telah membantu pihak berkuasa dan dia ditipiu oleh pengedar dadah di Malaysia.

“Kita ada semua maklumat dan butiran yang duserah kepada mereka. Sebab itu kita terkejut apabila AG enggan beri sijil tanpa sebarang alasan.

“Hidup dan mati Pannir berada di tangan AG,” kata Surendran.

Pannir kini ditahan di penjara Changi dan Mahkamah Rayuan pada 23 Mei lalu menangguhkan hukuman mati ke atasnya. Pannir pada mulanya dijadualkan dihukum gantung pada 24 Mei.

Pada 27 Jun 2017, rakyat Malaysia berusia 31 tahun itu didapati bersalah membawa 51.84g dadah jenis heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pada 3 September 2014. – 5 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen