MAHKAMAH Koroner Shah Alam akan memanggil pakar fizik untuk membantu kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Koroner Rofiah Mohamad hari ini berkata mahkamah sudah menilai dua calon dan akhirnya memutuskan untuk meminta Pensyarah Kanan Kejuruteraan Mekanik UiTM Dr Amir Radzi Ab. Ghani untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Faten Hadni Khairuddin berkata Amir Radzi akan dipanggil untuk menjelaskan pendapat dua ahli patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang keterangan awalnya bertentangan dengan konsultan ahli patologi forensik, Dr Shahrom Abd Wahid.
“Ketika Dr Shahrom Abd Wahid memberi keterangan, salah satu pendapatnya ialah impak dari pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tidak cukup untuk menyebabkan kecederaan kepada Adib, berbanding pendapat ahli pakar forensik HKL.
“Dr Shahrom menggunakan formula Newton untuk memperlihatkan kekuatannya adalah minimum. Pakar forensik (dari HKL) berkata mereka bukan pakar dalam fizik dan itulah sebabnya Dr Amir dipanggil,” katanya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini .
Pakar forensik HKL Dr Ahmad Hafizam Hasmi sebelum ini memberitahu inkues yang jisim kenderaan itu tidak boleh diabaikan, kata Faten.
“Beliau memberikan perkiraan yang berbeza, jadi kedua-dua pakar forensik mengakui mereka tidak mempunyak banyak pengetahuan dalam bidang ini.
“Akibatnya, mahkamah merasakan perlunya seorang ahli untuk mengklarifikasi pengiraan mereka untuk melihat sama ada kekuatan itu mencukupi atau tidak.”– 5 Julai, 2019.
Berita penuh di sini
Komen