Lupakan Eropah, beri tumpuan pasaran baru, kata ketua persijilan minyak sawit


Sheridan Mahavera

CEO RSPO, Bakhtiar Talhah menyifatkan pasaran Eropah sebagai 'tiada harapan' kerana persepsi yang sangat negatif terhadap minyak yang digunakan di rantau ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2019.

MALAYSIA perlu menumpukan kepada pasaran baru bagi minyak kelapa sawit seperti Amerika Utara, Jepun dan Korea Selatan dan bukannya berterusan obses dengan Eropah, kata ketua badan pensijilan minyak kelapa sawit terkemuka dunia.

Komen daripada Bakhtiar Talhah, ketua pegawai eksekutif Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), datang ketika Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan akses pasaran ke Kesatuan Eropah (EU), pelanggan kedua terbesar bagi minyak sawit mentah (CPO).

EU meluluskan undang-undang bulan lepas yang akan menyebabkan penghentian secara berperingkat CPO sebagai biofuel. Pada 2018, Malaysia mengeksport kira-kira 1.9 juta tan metrik CPO ke Eropah dengan 45% atau 800,000 tan metrik yang digunakan dalam biodiesel.

Bakhtiar menyifatkan pasaran Eropah sebagai “tiada harapan” kerana persepsi yang sangat negatif terhadap minyak yang digunakan di rantau ini.

Pada masa sama, kerajaan dan syarikat Malaysia harus mula mempromosikan produk yang dihasilkan oleh minyak kelapa sawit agar penduduk tempatan dapat memilih untuk menyokong pengeluar yang lebih prihatin terhadap alam sekitar dan beretika.

“Daripada terlalu bimbang mengenai Eropah terdapat bahagian lain di dunia yang mempunyai potensi,” kata Bakhtiar di luar forum minyak kelapa sawit yang dianjurkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

“Amerika Utara, Jepun, Korea Selatan adalah kawasan berkembang baru yang berminat menggunakan produk kelapa sawit,” kata Bakhtiar. – 5 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen