China mahu tarif AS ditarik balik untuk teruskan dagangan 


Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi menamatkan perang dagangan yang semakin berlarutan. – Gambar EPA, 4 Julai, 2019

TARIF Amerika Syarikat yang dikenakan terhadap China perlu ditarik balik untuk kedua-dua pihak mencapai persetujuan bagi menamatkan perang perdagangan, kata kementerian perdagangan China pada Khamis.

Pasukan perdagangan dari dua negara ekonomi dunia itu “masih kekal berkomunikasi”, kata jurucakap kementerian Gao Feng, beberapa hari selepas Presiden Donald Trump dan Xi Jinping mengumumkan perdamaian sementara.

“Kenaikan tarif unilateral Amerika Syarikat ke atas eksport China ke negara itu merupakan titik permulaan bagi pertikaian ini,” kata Gao.

“Sekiranya kedua-dua pihak boleh mencapai persetujuan, tarif yang dikenakan perlu dihapuskan sama sekali. Pendirian China terhadap perkara ini adalah jelas dan konsisten.”

Trump dan Xi pada sidang kemuncak G20 yang diadakan di Jepun Sabtu lalu bersetuju untuk meneruskan rundingan. – AFP, 4 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen