PELAJAR Australia yang ditahan di Korea Utara dibebaskan dan ditemui di Beijing hari ini.
Alek Sigley, 29, antara segelintir warga Barat yang belajar dan tinggal di Korea Selatan, didapati hilang tanpa kesan pada 23 Jun lalu. Kehilangan Sigley mencetuskan kebimbangan mengenai nasibnya.
Keluarganya bimbang dia ditahan polis Korea Utara selepas lama tidak mendengar sebarang khabar berita.
“Saya OK, ya saya baik-baik saja. Saya sihat,” kata Sigley ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
Sigley dijangka ke Jepun untuk menemui isterinya.
Terdahulu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan pembebasan Sigley serta memaklumkan yang pelajar itu dalam keadaan sihat dan selamat.
Sigley ditahan beberapa hari sebelum Sidang Kemuncak G20 dan pertemuan penting antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. – AFP, 4 Julai, 2019.
Komen