PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini menyifatkan Tentera Nasional Libya, Khalifa Haftar sebagai “lanun”.
Turki menyokong Pakatan Kerajaan Kebangsaan (GNA) di Tripoli yang cuba digulingkan Haftar yang menguasai timur Libya dan sebahagian besar selatan negara itu.
Enam rakyat Turki kini dalam tahanan angkatan tentera Haftar selepas menuduh Ankara menyebabkan kegagalan tenteranya mempertahankan sebuah bandar utama.
“Haftar tak lebih daripada seorang lanun,” Erdogan memberitahu pemberita tempatan.
“Kami berharap pilihan raya diadakan di Libya tidak lama lagi dan rakyatnya berpeluang untuk mengundi untuk menuntut hak mereka secara demokrasi.”
Pada Jun Erdogan mengesahkan Turki membekalkan senjata kepada kerajaan Tripoli dan berkata tindakan tersebut perlu untuk melawan Haftar yang mendapat sokongan Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. – AFP, 4 Julai, 2019.
Komen