PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan berkata keengganan Amerika Syarikat menghantar jet pejuang F-35 yang dibeli Turki merupakan satu “rompakan”, menurut kenyataan yang disiarkan pada Khamis.
Hubungan AS-Turki semakin tegang berikutan langkah Ankara membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia, yang dijangka akan dihantar tidak lama lagi.
Sebagai balasan, Washigton mengancam untuk membatalkan tempahan jet pejuang F-35 oleh Turki dan menghentikan program pengeluaran dan latihan, serat memperluaskan sekatan ekonomi.
“Jika kamu mencari pelanggan, dan pelanggan tampil serta membuat bayaran, bagaimana kamu tidak berikan kepada pelanggan barangannya? Ini adalah satu rompakan,” Erdogan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Hurriyet.
Menurutnya, Turki telah membayar sebanyak AS$1.4 bilion, dan industri pertahanannya telah melabur dalam jumlah yang banyak untuk pengeluaran pesawat pejuang.
Pemangku Setiausaha Pertahanan AS, Patrick Shanahan yang menulis surat kepada Ankara bulan lalu, memberi amaran juruterbang Turki akan digugurkan dari AS sekiranya perjanjian SR-400 tidak dibatalkan menjelang 31 Julai.
Namun selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya Donald Trump pada sidang kemuncak G20 di Jepun pada Sabtu, Erdogan berkata beliau diberi jaminan tiada sekatan akan dibuat.
Trump menyalahkan pentadbiran Barrack Obama sebelum ini kerana gagal memuktamadkan perjanjian untuk Turki membeli sistem American Patriot berbanding SR-400. – AFP, 4 Julai, 2019
Komen