Najib dan keluarga bantah tuntutan pihak ketiga terhadap aset disita


Bede Hong

Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan tiga anak mereka akan memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata peguamnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2019.

BEKAS perdana menteri Najib Razak dan keluarga akan memfailkan bantahan terhadap tuntutan pihak ketiga ke atas aset yang disita dari kediaman mereka dan premis lain oleh polis pada tahun lepas.

Peguam Najib, Syahirah Hanapiah berkata Najib, isterinya Rosmah Mansor dan tiga anak mereka akan memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan butiran barangan yang disita itu.

“Ini kerana kebanyakan barangan mereka dakwa disita itu dirampas dari anak guam saya, Datuk Seri (Najib Razak). Secara dasarnya, kebanyakannya, kalau bukan semuanya, adalah miliknya,” kata Syahirah ketika dihubungi hari ini selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas.

“Kami perlu buat penilaian komprehensif berdasarkan kepada setiap tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga, jika ada. Jadi sekarang ini, kami menunggu pengurusan kes pada 30 Ogos.”

Pejabat Peguam Negara pada bulan lepas mamfailkan notis melucut hak ke atas ratusan barangan termasuk beg tangan jenama mewah dan 27 kenderaan kenderaan yang dirampas dari premis dikaitkan dengan Najib dan keluarganya, juga 13 individu dan beberapa syarikat.

Notis menamakan pendakwa raya sebagai plaintif dan 18 individu serta syarikat sebagai defendan. – 4 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen