NST tidak mesra Umno lagi, kata Najib


Ragananthini Vethasalam

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata akhbar NST tidak lagi mesra dengan Umno dan parti itu tiada kawalan atas syarikat media berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2019.

TIDAK kiralah sama ada Umno masih pegang saham dalam Media Prima Bhd atau tidak kerana penerbitan utamanya, New Straits Times (NST) sudah tidak mesra kami lagi, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

“Apa pun Media Prima tidak lagi dalam kawalan efektif Umno,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

“Jadi, kalau kami (Umno) ada saham minoriti, tidak kisahlah kerana NST tidak mesra kami lagi.

Semalam, memetik data Bloomberg, The Edge Financial Daily melaporkan Umno menjual 11.09% kepentingan dalam syarikat Media Prima Bhd kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary, membabitkan satu blok bernilai RM73.81 juta.

Umno mempunyai 123.02 juta unit saham dalam Media Prima melalui Gabungan Kesturi Sdn.

DRB-Hicom Bhd bagaimanapun semalam menafikan membeli 11% kepentingan dalam Media Prima. – 4 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen