KERAJAAN hari ini membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman pada akhir sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 11.50 pagi.
RUU itu memohon untuk meminda Artikel 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan “21 tahun” kepada “18 tahun”.
“Dengan pindaan itu, lebih ramai rakyat Malaysia akan layak untuk mengundi dan memilih kerajaan menerusi satu pilihan raya selaras dengan sistem demokratik progresif,” kata menteri.
Usul itu disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
Perbahasan berkenaan RUU itu dijangka diadakan pada 16 Julai. – 4 Julai, 2019.
Komen