BAGI Umno dan PAS, mereka adalah bakal kerajaan yang bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun depan.
Mesej ini dipasak dalam minda jentera pilihan rayanya dan akan umbi oleh timbalan presiden kedua-dua parti – Mohamad Hasan (Umno) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS).
Bagaimanapun, penganalisis politik berkata paling baik pun, “teori” ini daripada parti-parti pembangkang hanyalah cubaan terdesak untuk mengumpulkan askar mereka.
Atau paling teruk pun, mereka bertindak untuk menutup hakikat bahawa mereka mungkin kalah pada PRU akan datang jika kerajaan sekarang berkhidmat selama lima tahun mengikut penggalnya.
Umno dan PAS berasaskan kepada teori pilihan raya lebih awal tahun depan berdasarkan kepada apa yang mereka lihat pergaduhan dalaman antara parti dan personaliti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang tidak berkesudahan.
Mereka menjangkakan akan berlaku pertembungan personaliti antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bakal penggantinya Anwar Ibrahim, dan ini, mereka percaya akan membawa kepada Dr Mahathir mengumumkan pilihan raya baharu bagi mendapatkan mandat baharu.
PAS dan Umno, yang dijangkakan membentuk gabungan secara rasmi tidak lama lagi, percaya bahawa dengan rating sokongan semakin menurun terhadap kerajaan sekarang, mereka akan dapat menawan Putrajaya.
Satu kaji selidik dijalankan Merdeka Centre tentang ulang tahun pertama PH, mendapati bahawa rating sokongan kepada kerajaan berada pada 39% sementara populariti Dr Mahathir turun daripada 79% kepada 46%.
“Saya ada dengar pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Dira Abu Zahar.
“Pertelingkahan dalaman dalam PH bukan rahsia. Tetapi sama ada pilihan raya akan diadakan atau tidak, kami tidak boleh hendak cakap.”

Naib Presiden PAS Dr Idris Ahmad turut yakin kenyataan bercanggah dari Putrajaya akan akhirnya membawa kepada kejatuhan PH.
“Ekonomi juga makin teruk, rakyat tidak ada kerja, pasaran saham jatuh dan orang ramai marah,” kata Idris, menambah dalam keadaan seperti itu, PH akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan. – 4 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen