2 rakyat Jepun ditahan cuba sertai IS di Syria


DUA rakyat Jepun mungkin didakwa atas cubaan menyertai kumpulan pengganas Islamic State (IS), kes pertama seumpamanya di negara itu, kata polis.

“Polis Tokyo merujuk dua individu kepada pendakwa raya atas kesalahan merancang perjalanan ke Syria sebagai pejuang kumpulan anti kerajaan,” kata jurucakap polis.

Jurucakap itu berkata tiga lagi individu turut dirujuk kepada pendakwa raya tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Salah seorang daripada lima individu itu, menurut laporan media ialah seorang bekas pelajar berusia 31 tahun yang merancang ke Syria pada 2014.

Suspek memberitahu polis dia mahu menyertai IS untuk bekerja sebagai pejuang.

Empat yang lain termasuk wartawan bebas Kosuke Tsuneoka dan sarjana undang-undang Islam Ko Nakata, turut menjadi tempat rujukan pelajar terbabit untuk ke Syria.

Awal tahun ini, kerajaan Jepun mengarahkan Tsuneoka menyerahkan pasportnya kerana dia bersiap sedia hendak ke Yaman.

Langkah itu diambil susulan wujud perdebatan di Jepun tentang sama ada wartawan patut dihalang daripada ke zon perang selepas seorang wartawan Jepun ditahan dan kemudian dibebaskan di Syria tahun lalu. – AFP, 4 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen