BOLIVIA berminat membeli peralatan ketenteraan Rusia untuk menggantikan jet US T-33, kata Presiden Evo Morales dalam temu bual dengan agensi berita Sputnik.
Morales dijadual melawat Moscow pada 11 Julai untuk mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin.
“Adanya minat yang mendalam untuk membeli peralatan ketenteraan Rusia, termasuk kelengkapan penerbangan dan perkhidmatan,” kata Morales ketika ditanya pemberita.
“Tahun lepas kami berhenti menggunakan jet T-33 dan pihak Tentera Udara mahu ia diganti dengan pesawat Rusia. Ia banyak bergantung kepada aspek teknikal dan kami yakin dengan peralatan ketenteraan Rusia,” tambah Morales. – Bernama, 3 Julai, 2019
Komen