LAPAN orang terbunuh manakal 15 lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan empangan pecah di negeri Maharashtra di barat India, kata pihak berkuasa.
Di Mumbai, angka kematian akibat tembok runtuh di penempatan setinggan berikutan hujan lebat mencecah 24 orang, dan hujan lebat juga dijangka berterusan.
Hujan lebat terus melanda bandar pesisir pantai yang mempunyai 20 juta penduduk, menyebabkan banjir dan laluan kereta api terputus, landasan utama di lapangan terbang turut ditutup.
Bangunan dan empangan runtuh merupakan perkara biasa di India ketika musin monsun berikutan strukturnya tidak dapat menampung air hujan.
Pasukan Penyelamat Bencana India memberitahu AFP, mereka menggunakan dron di kawasan banjir akibat empangan Tiware pecah bagi mencari mangsa.
“Setakat ini kami berjaya mengesan lapan mayat dan 15 orang lagi masih dilaporkan hilang,” kata jurucakap Alok Awasthy.
Pasukan polis dan pegawai kerajaan turut dikerah bagi membantu usaha menyelamat. – AFP, 3 Julai, 2019
Komen