KESATUAN Afrika (AU) mengutuk serangan udara di pusat tahanan di Tripoli, Libya yang menyebabkan hampir 40 migran terbunuh.
AU turut menggesa pihak yang bertanggungjawab ke atas “jenayah kejam” itu dibawa ke muka pengadilan.
Pengerusi pesuruhjaya AU Moussa Faki Mahamat dalam satu kenyataan menggesa satu siasatan bebas dijalankan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
“Pengerusi turut mengulangi gesaan untuk gencatan senjata dan semua pihak perlu memastikan keselamatan dan perlindungan kepada orang awam terutamanya migran di pusat tahanan terlibat.,” kata AU dalam kenyataan itu.
Individu berpengaruh Khalifa Haftar yang menguasai sebahagian besar kawasan timur dan selatan Libya disyaki menjadi dalang serangan ke atas pusat tahanan yang menempatkan 120 orang migran di Tripoli.
Beliau cuba untuk menawan ibu negarra Libya itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan. – AFP, 3 Julai, 2019
Komen