Polis Ukraine rampas 400kg kokain AS$60 juta


POLIS Ukraine merampas 400kg kokain Columbia bernilai AS$60 juta, sekali gus membongkar satu sindiket antarabangsa yang membekalkan dadah dari Amerika Latin ke Eropah Barat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Ketua Polis Negara Serhiy Knyazev semasa memberi taklimat pada Selasa.

Menurut Knyazev, sembilan rakyat Ukraine, Belanda dan Britain yang terlibat dalam urus niaga dadah telah ditahan dalam dua peringkat operasi.

Mereka berdepan hukuman maksimum penjara 12 tahun kerana mengedar dan memiliki dadah dalam kuantiti yang banyak.

Knyazev berkata pada tahun ini saja, polis Ukraine merampas 925kg heroin dan 675kg kokain. – Bernama, 3 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen