SATU serangan udara yang terkena sebuah pusat tahanan bagi migran tanpa dokumen berhampiran ibu negara Libya, Tripoli menyebabkan sekurang-kurangnya 40 maut, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan Reuters.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai kesihatan, sekurang-kurangnya 80 lagi cedera dalam serangan udara itu.
Butiran lanjut berkaitan insiden itu belum diketahui.
Sementara itu, seorang wakil perkhidmatan perubatan Tripoli mengesahkan hari ini serangan udara ke atas pusat tahanan bagi migran tanpa dokumen tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 40 maut dan 80 lagi cedera.
Akibat serangan udara itu, yang terkena sebuah pusat tahanan bagi migran tanpa dokumen dalam daerah Tajoura, 40 migran dari pelbagai negara Afrika terbunuh manakala 80 lagi cedera, kata Malek Merset kepada Sputnik.
Beliau berkata perkhidmatan ambulans terus menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang cedera. – Bernama, 3 Julai, 2019.
Komen