EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) menggesa tentera Sudan dan penunjuk perasaan untuk meneruskan sesi dialog dan mengelakkan keganasan selepas pemimpin penunjuk perasaan mengadakan kempen “ketidakpatuhan awam”.
“Sangat penting untuk sesi dialog diteruskan di Sudan dan jauh daripada pertelingkahan ke arah persetujuan berhubung pengambilalihan kuasa,” kata Menteri Hal Ehwal Luar Anwar Gargash menerusi Twitter.
Beliau berkata pengambilalihan kuasa perlu menjamin penubuhan sistem perlembagaan yang stabil.
Pemimpin penunjuk perasaan Sudan menggesa kempen itu diadakan di seluruh negara pada 14 Julai, sehari selepas mereka mengadakan protes besar-besaran bagi membantah pengambilalihan kuasa pihak tentera susulan rampasan kuasa daripada pemimpin Omar al-Bashir pada April lalu.
Tindakan itu bagi meningkatkan tekanan ke atas jeneral tentera untuk menyerahkan kuasa kepada pentadbiran awam, yang akan dimulakan dengan protes besar-besaran pada 13 Julai, menurut pemimpin penunjuk perasaan.
“Amat penting utnuk mengelakkan konfrontasi dan pertikaian. Ianya sangat jelas bahawa pembangkang dan tentera perlu sama-sama mencapai persetujuan dan mengelakkan krisis,” kata Gargash. – AFP, 2 Julai, 2019
Komen