Pengganguran Zon Euro capai tahap terendah


Di 19 negara dalam Kesatuan Eropah, kadar pengangguran kini kembali ke paras ketika krisis ekonomi 2007-2008. – Gambar EPA, 2 Julai, 2019.

Kadar pengangguran di Zon Euro turun kepada 7.5% pada Mei, paras terendah dicatatkan sejak Julai 2008, lapor agensi berita Jordan (Petra), memetik statistik agensi Eropah (Eurostat) pada Isnin.

Di 19 negara dalam Kesatuan Eropah, kadar pengangguran kini kembali ke paras ketika krisis ekonomi 2007-2008.

Ketika krisis itu memuncak, kadar tertinggi pengangguran adalah 12.1% yang direkodkan pada April hingga Mei 2013.

Sejak kembali ke satu digit pada September 2016, kadar pengangguran di Zon Eropah semakin turun secara beransur-ansur.

Eurostat menyatakan paras pengangguran terendah dicatatkan pada Mei adalah di Republik Czech iaitu 2.2%. 

Kadar tertinggi pengangguran mengikut perangkaan sejak Mac, adalah di Greece dengan 18.1%.  – Bernama, 2 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen