PASUKAN Aeroangkasa Rusia berjaya melancarkan ujian peluru berpandu pemintas baharu di pusat pelancar Kazakhstan, lapor agensi berita Sputnik memetik Kementerian Pertahanan Rusia.
“Petugas kami berjaya melakukan ujian peluru berpandu antibalistik baharu di Sary Shagan (Republik Kazakhstan),” kata kementerian dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, selepas menjalani beberapa siri ujian, peluru berpandu itu kini siap untuk digunakan, memandangkan “ia berjaya menuju ke sasaran ditetapkan.” – Bernama, 2 Julai, 2019.
Komen