CORI Gauff, pada usia 15 tahun menjadi pemain tenis termuda layak ke kejohanan Wimbledon, mencetuskan kejutan semalam apabila menewaskan idolanya, juara lima kali Venus Williams pada keputusan 6-4, 6-4 menerusi pertemuan kali pertama mereka.
Remaja Amerika Syarikat itu – yang belum lahir pun ketika Williams memenangi dua kejohanan Wimbledon terawalnya – tidak takut ketika berlawan, langsung tidak gentar walaupun jarak umur 24 tahun antara mereka.
“Saya tidak tahu apa sebenarnya saya rasa,” kata Gauff kini di ranking ke-313, yang terduduk di kerusinya dan menangis selepas memenangi perlawanan itu.
“Ini kali pertama saya menangi selepas pertandingan, menang!”
Gauff berkata beliau menceburi sukan tenis kerana Venus dan adiknya Serena.
“Saya tidak tahu pun apa yang ibu bapa saya akan cakap.
“Saya gembira sangat dan bersyukur mereka menghabiskan masa untuk saya dan adik-beradik lelaki saya dalam memastikan kami berjaya,” katanya.
Williams kelihatan kerap kalah dalam perlawanan itu, walaupun beliau berjaya menyelamatkan diri pada set kedua dan memperoleh beberapa markah, tetapi akhirnya tewas. Beliau keluar dari gelanggang tanpa menunggu Gauff.
“Dia (Williams) hanya beritahu saya tahniah dan teruskan bermain dan selamat berjaya,” kata Gauff yang pernah memenangi Terbuka Perancis bagi kategori perempuan junior.
“Saya beritahunya terima kasih atas segala-galanya. Saya tidak akan ada di sini jika bukan kerana dia. Saya beritahu dia sumber inspirasi. Sudah lama saya hendak beritahu begitu padanya.” – AFP, 2 Julai, 2019.
Komen