TIGA mayat ditemui di bandar Omdurman hari ini, sehari selepas tunjuk perasaan besar-besaran terhadap pemerintahan tentera di Sudan.
Beribu orang berarak di jalanan semalam bagi menuntut pemerintahan awam. Ia merupakan himpunan besar-besaran sejak tindakan keras dikenakan terhadap peserta bantahan yang berkumpul di luar ibu pejabat tentera, hampir sebulan lalu.
Seorang pegawai kesihatan berkata tujuh orang terbunuh semasa himpunan semalam, manakala pergerakan bantahan berkata lima penunjuk perasaan terbunuh.
Ramai lagi dikatakan cedera parah akibat tembakan yang dilepaskan oleh militia majlis tentera.
Tiga lagi mayat ditemui hari ini di kawasan di mana tunjuk perasaan diadakan. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat dipastikan.
Tunjuk perasaan mengegarkan Sudan sejak bekas presiden Omar al-Bashir digulingkan pada Disember tahun lalu.
Himpunan besar-besaran semalam adalah yang pertama sejak tindakan keras pada 3 Jun yang menyebabkan berpuluh orang mati manakala beratus lagi cedera. – AFP, 1 Julai, 2019.
Komen