JEPUN hari ini mengumumkan sekatan ke atas barangan eksport digunakan oleh syarikat Korea Selatan yang mengeluarkan cip dan telefon pintar.
Seoul menyifatkan sekatan itu sebagai “tidak adil dan melanggar undang-undang antarabangsa.”
Langkah Jepun itu menambah pertikaian berpanjangan atas keputusan mahkamah Korea Selatan yang memerintahkan syarikat-syarikat Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa ketika perang.
Peraturan baharu berkuatkuasa 4 Julai itu akan memperlahankan eksport beberapa bahan utama yang digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi pembuatan cip dan telefon besar Korea Selatan.
Jepun berkata tindakan tersebut disebabkan rasa tidak percaya terhadap Seoul.
“Sistem kawalan eksport dibina berdasarkan kepercayaan hubungan antarabangsa,” kata Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI).
“Selepas semakan semula dibuat beberapa kementerian, hubungan antara Jepun dan Korea Selatan terjejas dengan teruk.”
Sekatan terbaru itu akan dikenakan ke atas tiga bahan kimia termasuk pemindahan teknologi pembuatan, yang mana dikeluarkan dari senarai eksport yang dipercepatkan.
Ini bermakna,pengeksport kini perlu memohon kebenaran bagi setiap kumpulan yang mahu dieksport ke Korea Selatan. Setiap proses mengambil masa selama 90 hari lapor media tempatan.
Tiga bahan yang dikenakan sekatan itu ialah fluorinated polyimide yang digunakan dalam pembuatan paparan, ejen penolakan photosensitising daam pembuatan cip, dan hidorgen florida yang digunakan untuk membersihkan cip. – AFP, 1 Julai, 2019.
Komen